Tunaikan Umrah Separuh Lebih Murah Berbanding Harga Pakej

Tunaikan Umrah Separuh Lebih Murah Berbanding Harga Pakej  Tapi Kemudahan Seperti Pakej VIP, Wanita Ini Kongsi Cara-Caranya


Pasti ramai antara kita ingin ke Tanah Suci samada untuk menunaikan ibadah haji ataupun mengejakan umrah, tetapi kos yang agak mahal membuatkan ramai yang menangguhkannya dahulu.

Kos biasa untuk mengerjakan umrah adalah sekitar RM6,000 hingga RM10,000 dan mungkin lebih tinggi untuk pakej VIP atau ekslusif Ramadhan.

Sebenarnya bagi mereka yang ingin pergi bersama keluarga, anda sebenarnya boleh jimatkan kos untuk ke sana termasuk ke Mekah dan Madinah, iaitu dengan pergi sendiri dengan kos separuh lebih murah dari harga yang ditawarkan untuk pakej.

Jom baca perkongsian Puan Eida Hidayati Hassan, dia telah pergi mengerjakan umrah D.I.Y dengan kos lebih murah tetapi tinggal di sana selama 10 hari,kemudahan yang dinikmatinya seperti pakej VIP termasuk hotel, dan yang paling penting anda bebas untuk bergerak tanpa ada jadual yang ditetapkan.


[TIPS UMRAH DIY ALA ALA VIP DENGAN HARGA LEBIH MURAH

Apa yang perlu uols buat untuk join UMRAH DIY...

Lebih jimat , lebih masa dan lebih selesa kerana uols yang tentukan sendiri .

Harga juga sangat jimat dan yang penting sekali keselesaan kita membawa anak anak kecil atau orang tua tanpa menganggu masa orang lain. Ehhh macam privacy gitu... faham kan ..

Uols boleh follow apa yang #kakpwinsess buat.

Kos kasar umrah kak pwinsess dalam RM4000++ seorang sahaja namun.... kak pwinsess pernah pergi bersama travel agent pada tahun 2015 berharga 8k/1 orang.

Kak pwinsess try try Ber D.I.Y pada tahun ini dan alhamdulillah sangat sangat memuaskan hati.
Hotel dekat masjid, transport kereta khas untuk kami dan ala ala VIP gitu.. alhamdulillah.

Kelebihan UMRAH DIY

1. Boleh pilih masa sendiri
2. Boleh bebas nak lakukan aktiviti apa dulu
3. Boleh pilih hotel dekat masjid dengan harga yang murah. ( rajin google )
4. Boleh pilih penerbangan time offer tanpa fikir apa apa ( masa murah jer terus sambar)
5. Lebih selesa kerana kita kita aja..
6. Bilik tak share dengan orang lain, family family kita sahaja..
7. Harga lebih jimat
8. Boleh datang ramai ramai sebab harga berpatutan, anak anak tu bayar tiket flight ja, bilik sharing la..
9. Mudah ja , banyak org malaysia disana. So tak rasa takut, pakistan, bangladesh bisnes kat sana pandai cakap melayu. Arab pon pandai cakap melayu. Tak tahu tanya.
10. Apply visa dalam masa seminggu ja..
11. Sangat sesuai bawa orang tua , kanak kanak dan orang uzur tanpa menganggu aktiviti orang lain.
12. Kereta ada driver untuk bawa anda sepanjang disana. Tak perlu naik bas.

Kak pwinsess study umrah DIY di fb dan telegram selama sebulan dan membuat keputusan terus untuk pergi. Ini cara - caranya seperti digambar.

Kak pwinsess share cara cara dulu ya, next kak pwinsess share pula pengalaman umrah DIY.
Baca di gambar untuk tengok step by step.


1. Book flight...Kak pwinsess pilih Air Asia masa offer :)

Book time free... tak kira la air asia ka..MAS ke..saudi ka..yang murah ja book cepat2.


Pic masa sampai di airport Jeddah, turun flight , naik bas untuk ke balai ketibaan :)
Alhamdulillah .

Abang , kak pwinsess , suami dan raiyan.rizqy dok layan pemandangan tepi tingkap kot ..


Bawa anak anak kena ada aktiviti la... boring dalam flight.
Bawa buku mewarna dan colour colour. 



2) Book hotel di Makkah

Kak pwinsess guna traveloka sebab paling murah dari page lain.

Hotel hilton suites makkah pilihan kak pwinsess sebab dekat masjid, turun hotel depan dah pintu masuk masjidil haram

Kelengkapan bilik
1. Ada satu bilik ( king size ) muat kak pwinsess , suami dan anak anak.

2. Ada ruang menonton tv.ada sofa ( abg kak pwinsess tidur sini ). Ada bantal extra diberi

3. Ada 3 almari baju . Boleh ambil sorang satu.

4. Ada dapur boleh masak

5. Toilet

6. Boleh request wheelchair percuma untuk digunakan sepanjang disana

7. Ada service dobi

8. Hotel dalam supermarket. So turun ja msk supermarket ada kedai makan di tingkat 4.
Sini tempat makan kami.

PS: nak murah lagi boleh pilih hotel jauh sikit. Ada murah murah juga.

Beyonce Sumbang Suara Watak Nala; The Lion King?

SELEPAS beberapa siri filem yang diadaptasi dari animasi klasik yang dibuat secara live-action membuahkn hasil yang memberangsangkan seperti filem Cinderella, Beauty and The Beast dan The Jungle Book.

Pihak Disney dikhabarkan bakal tampil dengan filem baharu diadaptasikan daripada animasi The Lion King yang diterbitkan pada 1994.

Beyonce Sumbang Suara Watak Nala; The Lion King?

Menurut sebuah laman Variety, pengarah filem John Favreau menginginkan bintang sensasi Beyonce Knowles sebagai penyumbang suara kepada watak Nala.

Walau bagaimanapun, khabar angin yang tersebar itu belum berjaya disahkan lagi kerana setakat ini Beyonce belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penglibatannya di dalam pembikinan semula filem tersebut kerana tengah sarat mengandungkan anak kembar.

Pun begitu, pihak produksi dikhabarkan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan penyanyi ini bagi menyumbangkan suaranya kepada watak Nala meskipun terpaksa berdepan dengan kepadatan jadualnya.

Beyonce Sumbang Suara Watak Nala; The Lion King?
JAMES EARL JONES (KIRI) DAN DONALD GLOVER.

Manakala watak Simba pula akan dijayakan oleh Donald Glover, 33 tahun; seorang penyanyi rapper dan pelakon dan watak ayah Simba pula iaitu Mufasa akan dibawakan oleh James Earl Jones.

Filem itu akan menjalani penggambaran pada Mei akan datang dan akan ditayangkan pada 2018. – MYNEWSHUB.CC

Rating Jatuh Mungkin Punca TV Singapura Biadab?

Rating Jatuh Mungkin Punca TV Singapura Biadab?


SECARA umum, bagi penduduk Johor atau mereka yang pernah berada di negeri selatan tersebut, menyaksikan program disiarkan stesen televisyen Singapura bukan perkara asing sejak dahulu lagi.

Malahan, bukan sesuatu luar biasa jika ada yang mampu hafal lagu kebangsaan republik itu, Majulah Singapura kerana sering menonton mana-mana daripada tujuh saluran teresterial milik pemerintahnya iaitu MediaCorp.

Selaras dengan taraf Singapura yang sudah berstatus sebagai sebuah negara maju sejak awal tahun 2000-an lalu, menonton stesen penyiaran republik itu seolah-olah berada di Barat berbanding jirannya, Malaysia atau Indonesia.

Sekadar rekod, warga Johor dianggap cukup bertuah kerana bukan sahaja dapat menonton dengan jelas semua stesen TV Singapura termasuk 20 saluran radionya, malah 12 saluran TV dan 22 saluran radio dari Indonesia.

Ini belum lagi dikira tujuh saluran TV percuma Malaysia dan 25 saluran radio teresterial tempatan. Pendek kata dengan puluhan stesen penyiaran tersebut, mereka tidak perlu melanggan perkhidmatan berbayar satelit Astro.


Video: Rancangan 'Ok Chope' Sindir Perdana Menteri?

Di sebalik gah Singapura, program TV di republik itu secara umumnya boleh dikatakan agak bosan, syok sendiri dan penuh propaganda pemerintah meskipun teknologi penyiarannya memang canggih dibandingkan stesen jirannya.

Tidak hairanlah bagi yang jenis teliti, mungkin sedar tidak banyak iklan disiarkan oleh stesen Singapura kerana jumlah rating penonton sebenarnya tidaklah ramai mana dan lebih teruk semakin berkurangan saban tahun.

Bayangkanlah daripada lebih sejuta orang menonton Channel 5 pada 2010, jumlah itu terus merosot sehingga hanya sekitar 600,0000 orang selepas tiga tahun, namun angka tersebut amat jarang diceritakan sangat pihak pemerintah.

Lebih lucu, ketika banyak pihak merujuk kepada agensi penarafan antarabangsa AC Nielsen untuk rujukan kadar penonton semasa, MediaCorp dilaporkan menggunakan badan entah mana-mana untuk mengukur rating mereka.

Justeru, bagi elak rakyat Singapura beralih kepada siaran negara jiran, semua unit rumah pangsa awam milik agensi pemerintah HDB, menyekat beberapa saluran tertentu dari Malaysia dan Indonesia termasuk stesen popular TV3.

GARLIC CAPSULE HARGA MURAH

GARLIC CAPSULE HARGA MURAH Original Bukan Fake Testimoni Review Kesan Kelulusan KKM Promosi Online Malaysia


Harga Promosi Terhad

RM45 (SM)

RM50 (SS)

* no.tracking pos laju malaysia akan diberi

 

Nak Order??

SMS: 01121428302
WHATSAPP: +601121428302 / 01121428302





GARLIC CAPSULE 
15 KAPSUL

HARGA : RM45 (SM) RM55 (SS)

Elak selsema dan buang angin dalam badan dengan kapsul bawang putih.
Hanya 2 kapsul sehari untuk manfaat yang cukup banyak

KELEBIHAN GARLIC
✔baik pulih fungsi hati
✔cegah mutasi sel
✔membantu mnyelaraskan insulin
✔melegakan keradangan
✔membasmi kuman
✔turunkan kolesterol
✔melambatkan proses penuaan
✔cegah artritis
✔meningkatkan sistem imunisasi
✔membantu sistem pencernaan
✔mengurangkan risiko kanser
✔mengurangkan risiko strok




Harga Promosi Terhad

RM45 (SM)

RM50 (SS)

* no.tracking pos laju malaysia akan diberi

 

Nak Order??

SMS: 01121428302
WHATSAPP: +601121428302

Tiga Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara

Tiga Rakyat Malaysia Bakal Takluk Kutub Utara



SEPANG – Tiga anggota Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) hari ini berlepas ke Longyearbyen, Svalbard, Norway sebelum ke Kutub Utara bagi menjayakan ekspedisi meluncur di atas ais sejauh 111 kilometer.

Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017 disertai ikon sukan lasak negara, Muhammad Muqharbbin Mokhtarrudin, 35; atlet dualthlon dan triathlon negara, Shahrom Abdullah, 38; dan Muhammad Irwan Yusoff Abdullah, 37.

Kumpulan itu akan menjelajah "Last Degree Ski" sejauh 111 kilometer di bawah cuaca yang sejuk ekstrem dengan suhu boleh mencecah negatif 50 darjah celsius selama 11 hari.

Mereka akan memulakan misi pada 12 April ini dan bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia terawal menakluk Kutub Utara.

Penasihat KE7B Malaysia, Datuk Akmar Hisham Mokhles berkata kumpulan itu akan memulakan penjelajahan dari Stesen Barneo ke Titik Kosong Darjah Kutub Utara.

Akmar yang juga Setiausaha kepada perdana menteri berkata kumpulan itu akan berpangkalan di Longyearbyen, Svalbard selama enam hari untuk menjalani proses penyesuaian diri serta persiapan akhir kelengkapan.

"Saya yakin ketiga-tiga mereka akan berjaya dalam ekspedisi ini kerana mereka telah melakukan persiapan yang rapi.

"Kami berharap cuaca yang baik dan tidak berlaku ribut agar ekspedisi ini boleh tamat dalam tempoh yang ditetapkan," katanya kepada pemberita sebelum berlepas ke Longyearbyen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.

Sementara itu, Persiden KE7B, Muhammad Muqharbbin berkata mereka telah menjalani beberapa siri latihan fizikal di Jepun, Amerika Syarikat dan sekitar Malaysia.

Selain itu, beliau berkata mereka akan berski sambil menarik kereta luncur salji sepanjang ekspedisi itu yang mengandungi barang-barang keperluan seperti peralatan khemah, bekalan makanan dan pelbagai peralatan yang dianggarkan seberat 50 kilogram.

"Kami sudah bersedia dan kami yakin dapat melaksanakan misi ini dalam tempoh masa yang ditetapkan," katanya.

Ekspedisi ke Kutub Utara itu menjadi ekspedisi keenam KE7B selepas Ekspedisi KE7B 7 Puncak 7 Benua 2010, Ekspedisi KE7B Renangan Perpaduan Selat Inggeris 2012, Ekspedisi KE7B Felda Everest 2013, Ekspedisi Jelajah KE7B Felda Greenland dengan ski 2014 dan Ekspedisi Jelajah KE7B Kutub Selatan 2015-2016. 

Skuad Bola Sepak Kebangsaan Kembali Guna Nama Harimau Malaya


Skuad Bola Sepak Kebangsaan Kembali Guna Nama Harimau Malaya



3 Apr - Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama Harimau Malaya sebagai nama rasmi pasukan tersebut.

Perkara itu diberitahu oleh FAM menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

"Skuad bola sepak kebangsaan akan kembali menggunakan nama gelaran Harimau Malaya sebagaimana nama asal pasukan tersebut sejak ditubuhkan. 

"Penukaran nama ini adalah atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). " kata Setiausaha Agung FAM, Dato' Haji Hamidin menerusi satu kenyataan.

Kenyataan itu turut menyebut perubahan itu selaras dengan permintaan penyokong yang mahu nama lama itu kembali digunakan berdasarkan sejarah-sejarah yang pernah dilakar oleh pasukan kebangsaan.

"Oleh yang demikian, laman rasmi Harimau Malaysia akan ditutup berkuatkuasa serta merta dan segala maklumat terkini mengenai bola sepak tanah air hanya akan dikemaskini di laman rasmi FAM.

"Semoga kebangkitan semula Harimau Malaya akan mampu memberi sinaran baru untuk pembangunan bola sepak tanah air untuk jangka masa panjang." tulis kenyataan itu la

Pelita Nasi Kandar Caj RM15 Cuci Muntah Mabuk

Pelita Nasi Kandar Tampil Perjelas Isu Cas RM15 Cuci Muntah Caj Mabuk



Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial kononnya restoran nasi kandar Pelita Jalan Ampang telah mengenakan cas RM15 kepada pelanggan yang anaknya muntah.

Gambar sekeping resit yang memaparkan cas itu telah berlegar di media sosial sehingga mencetuskan kemarahan netizen yang tidak berpuas hati.


Rupa-rupanya apa yang disebarkan berkenaan adalah fitnah dan tidak betul, menurut pihak Pelita nasi kandar, sebenarnya yang muntah berkenaan adalah seorang pelanggan dewasa yang dibawah pengaruh alkohol.

Pelanggan berkenaan telah muntah  di dalam pinggan dan meja menyebabkan pekerjanya perlu mencuci muntah tersebut.

Mereka menegaskan tidak mengenakan sebarang cas jika yang muntah itu adalah seorang kanak-kanak seperti yang tersebar di media sosial.

Seorang lelaki telah tampil menyatakan rakan kepada teman wanitanya telah termuntah ketika berada di restoran berkenaan dan tampil membuat penjelasan.


Menurut beliau, rakan teman wanitanya itu sekadar bergurau memuatnaik gambar berkenaan ke Facebook untuk dikongsikan kepada rakan-rakannya namun telah dicuri oleh seseorang dan memanipulasi gambar resit berkenaan.

Beliau menegaskan, pihaknya tidak pernah sama sekali memfitnah pihak Pelita nasi kandar, tetapi gambar telah dimanipulasi oleh orang lain dengan memuatnaik gambar dan kepsyen dengan tujuan memburukkan.

24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am Cuti

24 April Diisytiharkan Hari Kelepasan Am cuti 2017


KUALA LUMPUR – Kerajaan memutuskan 24 April ini sebagai hari kelepasan am tambahan di seluruh negara sempena hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi Sabah dan Sarawak pula, kerajaan negeri telah diminta mengambil tindakan mengikut undang-undang negeri masing-masing, katanya.

"Istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan berlangsung di Balairung Seri, Istana Negara pada 24 April ini, sehubungan itu, kerajaan dengan perkenan Seri Paduka akan mengadakan dua acara utama sempena Istiadat Pertabalan baginda.

"Pada sebelah pagi 24 April ini, Istiadat Pertabalan akan berlangsung di Balairung Seri manakala Majlis Santapan Diraja akan diadakan pada waktu malam di Dewan Santapan, Istana Negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Ali berkata dua acara lain akan turut diadakan iaitu majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat dijadual berlangsung pada 20 April ini di Masjid Putra, Putrajaya serta Pameran Raja Kita pada 2 Mei di Muzium Diraja (Istana Negara Lama).

Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember tahun lepas. – BERNAMA