KUALA LUMPUR: Kematangan penyanyi rap berimej ranggi, Zamaera, 24, ketika beraksi di atas pentas menarik perhatian komposer, Altimet.
Penyanyi lagu Bunga itu berkata, Zamaera, 24, yang juga sepupunya begitu yakin berinteraksi dengan kamera ketika membuat persembahan, biarpun usianya masih muda.
Akuinya, kematangan yang sering dipamerkan Zamaera juga membuatkan dia percaya, gadis itu mampu menjadi penghibur yang baik.
“Ada beza di antara penyanyi dan penghibur, malah tidak semua mempunyai kelebihan untuk berinteraksi dengan baik di hadapan kamera ketika membuat persembahan.
“Kelebihan itu dapat dilihat ketika Zamaera beraksi di pentas. Saya berkata demikian bukan kerana dia sepupu, sebaliknya saya yakin dengan bakat dan kemampuan Zamaera.
“Semua itu dikutipnya daripada pengalaman yang banyak membentuk perjalanannya sebagai penyanyi yang baik. Saya tidak mempunyai apa-apa nasihat kepada Zamaera kerana dia sudah tahu langkah seterusnya untuk mengukuhkan nama dalam industri muzik,” katanya.
Post a Comment