PERBEZAAN PDT DAN PST MATRIKULASI

Perbezaan Matrikulasi antara Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).

Program Satu Tahun (PST)

Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

Tempoh PST ialah 2 semester (1tahun)

(tolong saya klick iklan di kiri)


Program Dua Tahun (PDT)

Program ini mempunyai tempoh pengajian sebanyak empat semester. Walaubagaimanapun, hanya Jurusan Sains sahaja yang terlibat. Tiga modul masih wujud cuma tempoh pengajian dipanjangkan sebanyak setahun lagi menjadikannya sebanyak dua tahun. Ini adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang baik tetapi masih ingin mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, program ini hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja.


Pelajar yang mengambil Biologi dalam SPM dikehendaki mengambil modul 1 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Biologi dan Bahasa Inggeris. Manakala modul 2 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Sains Komputer dan Bahasa Inggeris bagi pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM.

(tolong saya klick iklan dikiri sekali saja)

Pada tahun kedua, pelajar PDT akan digabungkan dengan pelajar PST dan wajib mengambil tiga mata pelajaran teras dengan menggugurkan satu mata pelajaran mengikut modul yang diambil. Modul 1 matapelajaran Biologi atau Fizik, modul 2 matapelajaran Sains Komputer. Selain daripada tiga mata pelajaran teras, pelajar wajib mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral, Dinamika Kemahiran, Ko-kurikulum dan Sains Informatik (pelajar yang mengambil Sains Komputer pada tahun pertama dikecualikan).

Apa2 pun yang dapat Matrikulasi tu tahniah saya ucapkan.. belajar bersungguh-sungguh k, balas jasa ibu bapa kita. dan pada yang tak dapat tu tak apa masih lagi boleh sambung belajar di IPT yang lain.. Ok semoga berjaya dan plizz klick iklan ditepi kiri.. semoga membantu.

DAH BOLEH SEMAK SEMAKAN KEPUTUSAN MATRIKULASI 2011 | KLIK SINI!!

Ok kepada pelajar-pelajar yang telah membuat permohonan matrikulasi tu akhirnya keputusan semakan sama ada kita berjaya ke matrikulasi dah pun boleh disemak..

Apa-apa pun pada yang berjaya tu tahniah!!! dan kepada yang belum berjaya tak apa kita tunggu keputusan upu / ipta nanti bulan mei ni ok.. Ok anda boleh semak keputusan anda di...... eh kejap ! tolong klick iklan kat kiri boleh? saling bantu membantu... huhu

Ok dah klick iklan kat tepi kiri dah? betul ker? klick sekali jek.. ok anda boleh semak keputusan matrikulasi di sini -->> http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

SEMAKAN ONLINE KEPUTUSAN KPM MATRIKULASI 2011

Untuk pelajar-pelajar telah memohon matrikulasi 2011, kini anda boleh membuat semakan keputusan program matrikulasi KPM 2011 pada tarikh 28 April 2011.


PROGRAM MATRIKULASI SESI 2011/2012 BERWAJAH BARU.

Program Matrikulasi Sesi 2011/2012 berwajah baru dengan memberi peluang kepada para pelajar daripada latarbelakang Sains untuk memilih tiga jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan yang akan datang. Kursus-kursus berikut adalah:

1. Modul I
2. Modul II
3. Modul III

Permohonan yang telah dilaksanakan akan diproses dan pemilihan terhadap ketiga-tiga modul tersebut akan berlaku di Kolej-kolej Matrikulasi seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat dua program yang akan berjalan secara langsung iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun untuk jurusan Sains sahaja. Harus diingat Jurusan Sains mengandungi tiga modul yang diterangkan di atas. Pakej mata pelajaran adalah sama bagi kedua-dua Program Satu Tahun (PST) ataupun Program Dua Tahun.

Walaubagaimanapun, jurusan Perakaunan dan Teknikal masih mengekalkan struktur program yang sama seperti yang telah dilaksanakan sebelum ini.

PROGRAM SATU TAHUN

Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul seperti yang disebutkan di atas. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

PROGRAM DUA TAHUN

Program ini mempunyai tempoh pengajian sebanyak empat semester. Walaubagaimanapun, hanya Jurusan Sains sahaja yang terlibat. Tiga modul seperti yang disebutkan di atas masih wujud cuma tempoh pengajian dipanjangkan sebanyak setahun lagi menjadikannya sebanyak dua tahun. Ini adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang baik tetapi masih ingin mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, program ini hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja.

PROGRAM TEKNIKAL

Program ini mula diperkenalkan pada sesi 2009/2010 dan dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Progam teknikal hanya menawarkan pengajian selama satu tahun dan struktur pengajian adalah sama dengan apa yang ditawarkan oleh PST.

PROGRAM PERAKAUNAN

Program ini hanya menawarkan jangkamasa selama satu tahun sahaja.
Ok apa2 pun tunggu 28 April ini ok!! dan sila klick iklan dikiri.

KEPUTUSAN PERMOHONAN PENDIDIKAN PETRONAS 2011 (TERBARU)

Untuk pemohon penajaan pendidikan petronas, Keputusan panggilan ke PETRONAS EduQuest Camp bagi permohonan Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2011 bagi pelajar lepasan SPM 2010 telah diumumkan.

sila semak status permohonan anda dilaman web ini,klik disini

Untuk masalah kata laluan, sila hubungi 03-2331 2810

SEMAKAN PERMOHONAN POLITEKNIK 2011 (TERBARU)

Kepada yang telah membuat permohonan ke politeknik 2011 dan ingin membuat semakan keputusan permohonan politeknik 2011 boleh baca entry post disini -->> KLIK SINI

KEPUTUSAN PERMOHONAN POLITEKNIK 2011 (TERBARU)

Pada yang telah memohon Politeknik. Berikut ialah jadual semakan keputusan politeknik 2011

Semakan Panggilan Temuduga: 8 sehingga 13 April 2011

Tarikh Temuduga: 11 – 25 April 2011

Ujian Bertulis: 17 – 25 April 2011

Keputusan Permohonan (Tanpa Bertemuduga): 22 Mei 2011

Keputusan Permohonan (Bertemuduga): 30 Mei 2011

Pendaftaran Pelajar Baru: 3 Julai 2011

PERMOHONAN PPUM 2011 KUALA LUMPUR LEPASAN SPM

PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR (PPUM)

Pusat Perubatan Universiti Malaya ( PPUM ) di Kuala Lumpur ini mempelawa pelajar-pelajar lepasan SPM untuk membuat
permohonan / daftar / application untuk menyambung Diploma di Pusat Perubatan Universiti Malaya Kuala Lumpur.

Berikut adalah sumber yang diambil daripada ePutra dan djdanchef

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mempelawa warganegara Malaysia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti program pengajian peringkat Diploma di PPUM.
Program pengajian yang dijalankan secara sepenuh masa ini akan mengambil masa 3 tahun dan akan ditaja oleh Pusat Perubatan Universiti Malaysia sendiri. Oleh itu mereka yang berjaya menamatkan program pengajian diploma ini dikehendaki berkhidmat dengan PPUM selama 5 tahun.

Program Pengajian PPUM

Program pengajian yang ditawarkan adalah

  • Diploma Kejururawatan ( Diploma in Nursing)
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan (Diploma in Medical Laboratory Technology)
  • Diploma Radiografi (Diploma of Radiography)


Syarat Am PPUM

Syarat kelayakan am untuk memohon

  • Berumur di antara 18 hingga 30 tahun
  • Lelaki atau perempuan
  • Masih bujang
  • Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.

Syarat Akademik PPUM

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat :-

  • Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
  • Bagi program Diploma Kejururawatan memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen dipilih daripada Biologi, Kimia dan Fizik (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
  • Bagi program Diploma Teknologi Makmal Perubatan memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)
  • Bagi program Diploma Radiografi memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi)

Cara Memohon PPUM

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my
  • Pemohon perlu mendapatkan ID PPUM berharga RM5.00 di Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan (termasuk RM1.00 caj perkhidmatan Bank Simpanan Nasional)
  • Pemohon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan baru atau salinan kad pengenalan baru pemohon untuk mendapatkan ID PPUM. Slip pembayaran hendaklah disimpan sebagai rujukan dan ID PPUM perlulah dirahsiakan.
  • Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat yang betul.

Tarikh Tutup PPUM

  • Permohonan program diploma PPUM ini akan ditutup pada 10 April 2011.

Temuduga PPUM

  • Semakan panggilan temuduga boleh dibuat melalui laman web PPUM mulai 18 April 2011 hingga 30 April 2011.
  • ID PPUM boleh digunakan untuk membuat semakan temuduga.
  • Hanya calon yang disenarai tapis sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga

Pendaftaran PPUM

  • Program pengajian ini dijangka akan bermula pada 4 Julai 2011.

Maklumat PPUM

  • Sila rujuk laman web rasmi Pusat Perubatan Universiti Malaya atau laman web permohonan program PPUM untuk maklumat lanjut.
  • Jika terdapat sebarang masalah semasa permohonan sila hubungi talian 03-79492099 / 03-79493210 / 03-79494240 atau e-mel : spp@ummc.edu.my’
  • Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai progam, bagi Diploma Kejururawatan hubungi 03-79492098/ 2099, bagi Diploma Teknologi Makmal Perubatan hubungi 03- 79493267/ 03 – 79493305 dan bagi Diploma Radiografi hubungi 03 -7949 2524.