PERBEZAAN PDT DAN PST MATRIKULASI

Perbezaan Matrikulasi antara Program Satu Tahun (PST) dan Program Dua Tahun (PDT).

Program Satu Tahun (PST)

Pelajar yang terlibat dalam PST terdiri daripada pelajar Jurusan Sains, Jurusan Perakaunan dan Jurusan Teknikal. Seperti yang diterangkan sebelum ini, pelajar daripada aliran Sains akan dipecahkan kepada tiga modul. Setiap Modul adalah berdasarkan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Walaubagaimanapun, kedua jurusan tersebut digarap dengan mata pelajaran Sains Komputer sebagai tambahan.

Tempoh PST ialah 2 semester (1tahun)

(tolong saya klick iklan di kiri)


Program Dua Tahun (PDT)

Program ini mempunyai tempoh pengajian sebanyak empat semester. Walaubagaimanapun, hanya Jurusan Sains sahaja yang terlibat. Tiga modul masih wujud cuma tempoh pengajian dipanjangkan sebanyak setahun lagi menjadikannya sebanyak dua tahun. Ini adalah bagi pelajar yang mempunyai keputusan yang kurang baik tetapi masih ingin mengikuti pengajian di peringkat Matrikulasi di Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaubagaimanapun, program ini hanya untuk pelajar Bumiputera sahaja.


Pelajar yang mengambil Biologi dalam SPM dikehendaki mengambil modul 1 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Biologi dan Bahasa Inggeris. Manakala modul 2 yang meliputi mata pelajaran Fizik, Kimia, Matematik, Sains Komputer dan Bahasa Inggeris bagi pelajar yang tidak mengambil mata pelajaran Biologi dalam SPM.

(tolong saya klick iklan dikiri sekali saja)

Pada tahun kedua, pelajar PDT akan digabungkan dengan pelajar PST dan wajib mengambil tiga mata pelajaran teras dengan menggugurkan satu mata pelajaran mengikut modul yang diambil. Modul 1 matapelajaran Biologi atau Fizik, modul 2 matapelajaran Sains Komputer. Selain daripada tiga mata pelajaran teras, pelajar wajib mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam/Moral, Dinamika Kemahiran, Ko-kurikulum dan Sains Informatik (pelajar yang mengambil Sains Komputer pada tahun pertama dikecualikan).

Apa2 pun yang dapat Matrikulasi tu tahniah saya ucapkan.. belajar bersungguh-sungguh k, balas jasa ibu bapa kita. dan pada yang tak dapat tu tak apa masih lagi boleh sambung belajar di IPT yang lain.. Ok semoga berjaya dan plizz klick iklan ditepi kiri.. semoga membantu.

6 comments

mna lebih elok ambil PDT or diploma farmasi or diploma sc,mcm rugi je lau dpt PDT

Reply

ambil dip. sc la rugi sbb 3 tahun baru nak ambil degree...

Reply

bgus ke PDT nih?? belaja berasingan dgn PST ?

Reply
Anonymous mod

Mn lgi bgus .PDT OR PST?

Reply

PDT bacth 2011/2013 sekarang dh x sama mcm batch lepas sebab PDT batch kami still ada 3 modul tp silibus still sama mcm PST yg ada sekarang... maknanya sekarang ni batch pertama PDT yg menggunakan silibus PST sekarang ni dah berada di semester 3... kami sekarang ni belajar apa yg PST akan belajar di semester 2 cuma bab yg kami belajar dibahagikan...

contoh: biology sem 1 PST = 10 bab
tapi biology sem 1 PDT = 4 bab
sem 2 PST = 11 bab
sem 2 PDT = 6 bab
utk sem 3& 4 PDT maybe dibahagikan lagi... tp igt walaupun kami belajar sedikit jerr bab tuhh tp kami belajar dgn lebih detail semua benda nii... terima kasih...

Reply

nak tanye... fizikal student bole amek farmasi x????

Reply

Post a Comment