Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Cecah 2 Juta Permohonan

Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 Cecah Hampir 2 juta permohonan.

Sebanyak 1.9 juta permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 12 Disember lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, jumlah itu meliputi 1.4 juta pemohon bujang dan 435,232 pemohon isi rumah (keluarga).

Pengagihan BR1M 2.0 akan bermula pada awal 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion,” katanya menjawab soalan Senator Chew Lee Giok.

Satria Neo

Beliau berkata, pendaftaran BR1M 2.0 telah bermula 1 November lepas dan akan berakhir 31 Disember ini.— BERNAMA


Adam Dan Hawa Episode 65

Adam dan hawa episode 65

Sinopsis Adam Dan Hawa Episode 65

Johan sekali lagi mengajak Ain berjumpa di sebuah restoran dan. meminta maaf kepadanya kerana telah merumitkan keadaan yang sepatutnya dapat diselesaikan. Ain turut mengakui, apa yang terjadi adalah salahnya juga.

Ain menulis sepucuk surat untuk Johan yang mengandungi luahan hati dan perasaannya, dan berharap Johan akan benar-benar berubah.

Johan terserempak dengan Eja di restoran. Dia memohon maaf kerana melibatkan Eja dengan masalahnya.


Tangan Jadi Bengkak Dan Hitam Selepas Jumpa Bomoh

Tangan anak semakin jadi hitam dan bengkak selepas rawat dengan bomoh

KUALA TERENGGANU – Sudah jatuh ditimpa tangga. Itu nasib seorang budak lelaki berusia empat tahun apabila tangan kanannya yang patah setelah terjatuh tangga rumah pada Rabu lalu kini membengkak dan berwarna kehitaman.

Ia gara-gara tindakan bapa mangsa, Nor Azhadi Nordin, 35, mendapatkan khidmat seorang bomoh patah untuk merawat anaknya, Nor Arif Luqman yang bertindak membalut luka tangannya yang patah itu dengan kain.

Bagaimanapun tindakan bomoh tersebut bukannya membantu memulihkan tangan budak itu sebaliknya menyebabkan ia membengkak dan berubah warna menjadi hitam.

Bimbang dengan keadaan itu, Azhadi dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Azhadi memberitahu, anaknya terjatuh dari tangga ketika bermain di rumah di Kampung Telaga, Kuala Berang, Hulu Terengganu pada pukul 2.30 petang.

Tangan jadi bengkak dan hitam

Nurul Alif yang kesakitan. - Satria Neo