Azean Irdawati Kritikal Barah Merebak

KUALA LUMPUR – Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau.

Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan.

Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut. Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana
Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera.

Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013. Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Post a Comment