UITM LENDU MELAKA - CERITA GAMBAR HANTU HISTERIA DAN RASUK

Cerita Histeria hantu di uitm lendu melaka

Bila bercakap soal histeria, meracau, kena rasuk dan sebagainya, memang tak boleh dipisah dengan kehidupan pelajar berasrama. Terutama dalam asrama perempuan.

Terbaru, dengarnya kejadian sebegitu semakin menjadi-jadi di UITM, Lendu, Melaka.

Penuntut di situ mendakwa kejadian
tersebut boleh dikatakan berlaku setiap hari di situ.

" Semakin hari berlaku kejadian menakutkan di Lendu ini, setiap malam ada saja kes kecurian, kena rasuk dan pukau.

” Kita ingat bila masuk biliknya semuanya baik, kemudian kita baru perasan ada saja benda yang hilang diikuti ada nota yang bertulis :

“Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.” .

” Malah ada pelajar perempuan di tingkat saya yang tiba-tiba menari, menjerit, ketawa dan berjalan mundar mandir seperti kena rasuk!,” katanya dalam blog berkenaan.

Kita tidak pasti sejauh mana ‘teruknya’ keadaan tersebut namun kita berharap pihak pentadbir disitu memandang serius kejadian ini sekiranya ia benar-benar berlaku.

Semoga penulis blog tersebut dan rakan-rakannya bersabar dan banyakkan beribadat agar tidak timbul lagi perkara sebegini. - Satria Neo

Sumber: mynewshub


Post a Comment